Kedai RuncitPilihan Editor

Hampir Sejuta Pengguna Tebus eBelia Di ShopeePay

Hampir sejuta belia menebus kredit eBelia menerusi dompet mudah alih (e-dompet), ShopeePay dan menjana jualan kepada kira-kira 140,000 penjual dan peniaga dalam dan luar talian.

Setakat 7 Jun lalu, kredit yang ditebus belia di seluruh negara berjaya menjana jualan mencecah 120 peratus daripada jumlah keseluruhan disalurkan kerajaan menerusi ShopeePay.

Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, sebagai antara e-dompet terbaharu di pasaran, kemudahan pembayaran elektronik itu menerima sokongan luar biasa daripada peserta program eBelia yang layak.

“Apabila dibandingkan dengan pengumuman kerajaan, sebahagian besar daripada 1.7 juta pemohon yang berjaya memilih ShopeePay. Ini mungkin kerana e-dompet kami boleh digunakan di saluran atas talian dan juga luar talian di seluruh negara.

“Penggunaan ShopeePay menjangkau sehingga ke Semporna, Sabah; Miri, Sarawak; Kemaman dan Gong Badak di Terengganu dan Bachok, Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program eBelia yang menawarkan kredit RM150 dibuka untuk pendaftaran kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

“Daripada jumlah pemohon eBelia berjaya yang menggunakan dompet mudah alih kami, hampir 40 peratus adalah pengguna baharu ShopeePay yang mengaktifkan e-dompet mereka semata-mata untuk eBelia.

“Tambahan lagi, kami positif bahawa kadar pengekalan pelanggan di kalangan pengguna baharu ini akan menjadi tinggi kerana lebih daripada 20 peratus telah menambah nilai dompet ShopeePay mereka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu mereka menggunakannya,” katanya.

Mengenai barangan yang dibeli penerima kredit eBelia, beliau berkata, kebanyakan menggunakan kredit eBelia untuk membuat pembelian yang praktikal: keperluan harian, makanan serta minuman, buku, kelengkapan rumah, dan lain-lain.

“Melihat dengan lebih terperinci kepada corak perbelanjaan golongan muda eBelia dalam tempoh seminggu yang lalu, perkara berikut dapat diperhatikan berdasarkan pemerhatian ke atas 100 peniaga yang merekodkan bilangan transaksi tertinggi di luar talian dan atas talian.

Yee berkata, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan, eBelia masih dibuka untuk 250,000 penebusan lagi.

“Penuntut yang berjaya bukan sahaja menerima kredit e-dompet bernilai RM150 melalui ShopeePay, malah kami juga menjamin baucar tambahan bernilai RM500 daripada jenama menarik seperti Amazin’ Graze, Caltex, FamilyMart, MR.DIY, Nestlé, Philips dan Starbucks.

“Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Ini juga akan banyak membantu peniaga tempatan kami.”

Shopee juga menawarkan baucar Penghantaran Percuma, Pulangan Syiling Shopee serta baucar ShopeePay Deals Near Me kepada belia untuk memberikan nilai yang lebih hebat.

Untuk menuntut kredit eBelia RM150 melalui ShopeePay dan mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang dijamin, layari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim. Tertakluk kepada terma dan syarat. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close