MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Cleopatra Cari Ejen Tempat Mengundi

Cleopatra sedang mencari PACA serta sukarelawan untuk berkhidmat dengan beliau sepanjang tempoh PRU15.
Cleopatra sedang mencari PACA serta sukarelawan untuk berkhidmat dengan beliau sepanjang tempoh PRU15.

Calon Bebas kerusi Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, sedang mencari ejen tempat mengundi dan ejen kiraan undi (PACA) serta sukarelawan untuk berkhidmat dengan beliau.

Perkhidmatan bagi dua jawatan itu adalah untuk sepanjang tempoh berkempen yang sedang berlangsung dan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Poster bagi mencari calon bagi jawatan itu memaklumkan, gaji yang akan ditawarkan adalah RM100 sehari sepanjang hari berkempen dari 5 hingga 18 November dan RM150 pada hari pengundian.

Selain itu, kemeja T dan makanan turut disediakan secara percuma.

Pempengaruh media sosial dan ahli perniagaan itu menggunakan simbol pokok dalam pertandingan di kerusi panas berkenaan.

Beberapa calon yang turut mencuba nasib atas platform Bebas, termasuk bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang pernah menjadi Ahli Parlimen Batu selama dua penggal, peguam Siti Kasim, Too Cheng Huat dan Zulkifli Abd Fatah. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close