Pilihan EditorTurun Naik

Ketidakstabilan Politik Mudharat Besar Buat Rakyat dan Negara ? – Peguam Muda Kampung

   Oleh Faisalludin Yusuff

 

Melihat situasi semasa terutama berkaitan Mudharat ketidakstabilan Politik dan Mudharat Penularan Wabak Covid 19, saya teringat satu Kaedah Fiqh yang berbunyi :-

   الضرر الاء شد يزال بالضرر الاء خف

Maksudnya : Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan lebih ringan. 

Sekiranya keadaan politik stabil, sebesar mana sekalipun sesuatu ujian yang melanda negara ini termasuk wabak covid 19 pasti dapat diatasi dengan tenang dan baik.

Ditakdirkan, selepas PRU 14 yang lalu sehinggalah ke hari ini keadaan politik negara sentiasa panas dan rapuh walaupun politik itu sendiri terbukti menjadi tunjang kepada keamanan dan kemakmuran negara selama ini.

Kini di dalam media, kita kerap pula membaca ada pandangan yang mengatakan ketidakstabilan politik ini hanya dapat diselesaikan dengan cara berikut:-

a) Bubar Parlimen dan beri semula kuasa kepada rakyat untuk mengundi. Bahkan ada 32 buah negara berjaya mengadakan pilihan raya di waktu covid 19 melanda.

b) Melaksanakan Mageran seperti yang pernah berlaku pada tahun 1969 di seluruh negara dan tahun 1977 di Kelantan. Ianya dilaksanakan sehingga wabak covid 19 pulih sepenuhnya.

c) Memprorog Parlimen sekurang kurangnya untuk tempoh 6 bulan atau suatu tempoh lanjutan sehingga wabak covid 19 pulih.

Kesemua pilihan di atas pasti sudah dikaji dan diperhalusi oleh pihak yang berwajib melihat kepada pandemik covid 19 yang terus mengganas.

Yang pasti juga, tiada siapa yang tahu bila wabak covid ini akan pulih sepenuhnya, boleh jadi setahun boleh jadi juga bertahun tahun.

Setiap pilihan pasti ada mudharatnya. Tetapi mudharat manakah yang lebih berat.

Penularan wabak covid 19 kah ? Mengadakan PRU 15 dengan sop baru yang ketatkah. Magerankah atau memprorog parlimen kah ?

Ini semua atas budi bicara pihak Pemerintah yang akan mengkaji sedalam dalamnya apakah itu “Mudharat yang lebih berat”.

Akhir kata, setiap tindakan yang bakal dibuat pada saya wajib juga mengambil panduan dari kaedah fiqh yang berbunyi “membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan”.

– BACALAHMALAYSIA.MY – درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

 

  • Penulis ialah seorang peguam muda kampung

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close