MalaysiaPilihan Editor

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Lahir Kebimbangan Wujud Peningkatan Ancaman dan Provokasi Kepada Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara melahirkan kebimbangan wujud peningkatan ancaman dan provokasi daripada anasir luar yang cuba menguji sistem pertahanan keselamatan dan kedaulatan negara sejak akhir-akhir ini,” kata Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata, keadaan sedemikian telah meresahkan ketenteraman awam dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Justeru, kaukus yakin dengan ketegasan Kerajaan Malaysia dalam soal yang melibatkan hal-hal keselamatan dan kedaulatan negara, kata Razali dalam satu kenyataan media di sini.

Walaupun pelbagai alasan diplomatik dan peraturan undang-undang antarabangsa diberikan pihak-pihak berkaitan, kejadian terkini seperti insiden 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) dikesan memasuki ruang udara kawalan negara, isu pesawat milik Israel merentasi ruang udara Malaysia dua minggu lalu serta operasi Polis Sabah melumpuhkan kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) selepas menembak mati lima lelaki di Beaufort, pada pertengahan Mei 2021 lalu adalah antara contoh-contoh yang melibatkan isu soal keselamatan dan kedaulatan negara yang disifatkan berprofil tinggi.

Dalam soal kebersamaan, Razali menegaskan bahawa rakyat sentiasa menaruh keyakinan tinggi terhadap pasukan keselamatan negara yang menjaga sempadan negara tidak kira di perbatasan darat, maritim dan udara.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memberi amaran keras kepada pihak tertentu supaya jangan sesekali mencabar had kedaulatan negara walaupun ancaman itu datang dari negara kuasa besar.

“Sila hormati Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, aman, selamat dan berdaulat,” tegas Razali. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close