MalaysiaPilihan Editor

Malaysia Mampu Jadi Negara Berpendapatan Tinggi – Penganalisis

Malaysia boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi untuk beberapa tahun akan datang tetapi pembaharuan struktur dan rangka kerja yang jelas harus dilakukan bagi pertumbuhan ekonomi holistik.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata beberapa isu lama yang berpanjangan perlu diberi perhatian serius termasuk isu tadbir urus, tenaga kerja mahir tidak mencukupi dan isu berkaitan gaji.

“Kita memerlukan komitmen kukuh untuk melakukan pembaharuan struktur…namun cabarannya ketika ini ialah `tiada rangka kerja yang jelas’.

“Sebagai contoh, anda tidak boleh membina rumah tanpa mengetahui hasil dijangka, justeru rangka kerja perlu ada strategi dan proses yang jelas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di luar Forum Ekonomi Kebangsaan 2023 yang berlangsung semalam.
“Dalam keadaan biasa, apakah sasaran kita? Bolehkah mereka mengumumkan apa sasaran kita sekarang? Bagi saya, ini memerlukan komitmen dan disiplin,” katanya.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan FRA itu dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Jun.

Terdahulu dalam pembentangannya, Noor Azlan berkata Malaysia perlu mengukuhkan pelaburan langsung domestik (DDI) untuk mengekalkan momentum ekonomi.

“Tiada negara di dunia yang boleh menunjukkan prestasi mengagumkan sehingga pengeluar tempatan mereka sendiri mencapai standard yang diinginkan,” katanya.

Beliau berkata, sesebuah negara tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada pelaburan langsung asing (FDI) untuk melancarkan aktiviti tetapi mesti memastikan pelabur domestik juga bergerak cergas.

“Jika anda tidak mengubahnya, anda tidak seharusnya berpuas hati apabila apabila dunia mengisytiharkan bahawa kita adalah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Sesi itu diadakan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2023 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close