Ekonomi Islam & GlobalMalaysiaPilihan Editor

Malaysia Melaksanakan Beberapa Inisiatif Beri Lindungan Adil Kepada Golongan Pekerja, Kata Sivakumar di Geneva

Menteri Sumber Manusia hadir dan berucap di sidang pleno Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi Ke-111 di Geneva, Switzerland

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Malaysia melaksanakan beberapa inisiatif dalam memberikan perlindungan yang adil kepada golongan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar sewaktu berucap di sidang pleno Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi Ke-111 di Geneva, Switzerland.

Beliau yang hadir di ILC Sesi Ke-111 selama empat hari bermula 12 Jun lalu turut menjelaskan beberapa inisiatif yang dilaksanakan itu termasuk pindaan Akta Kerja 1955, pindaan kepada Akta 446, perluasan liputan perlindungan sosial kepada pekerja asing melalui Skim Bencana Kerja.

Malahan, kata Menteri Sumber Manusia,  Malaysia bercadang untuk menyertai proses Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder.

“Saya juga menekankan kepentingan dasar negara ke arah “Just Transtion”, iaitu peralihan adil kepada pekerja dalam mengalami perubahan iklim dan ekonomi hijau,” katanya dalam muatnaik Facebook rasmi Kementerian Sumber Manusia, di sini.

Semalam (13 Jun 2023),  Menteri Sumber Manusia telah menghadiri ASEAN Labour Ministers Breakfast Meeting, mesyuarat sampingan sempena ILC ke-111 dihoskan oleh Indonesia selaku pengerusi ASEAN tahun ini.

Mesyuarat ini turut dihadiri Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert Huongbo.

Pada mesyuarat berkenaan, menteri-menteri negara ASEAN telah bertukar pandangan mengenai keadilan sosial, Just Transition dan perlindungan pekerja migran serta penyediaan peluang pekerjaan. – BACALAHMALAYSIA.MY/FOTO KSM

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close