GovernansMalaysiaPilihan Editor

Subsidi Harus Bersasar; Bukan Turut Dinikmati Orang Kaya, Industri – Anwar

 Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan benar-benar memerlukan dapat menikmatinya.

Perdana Menteri berkata, implikasi subsidi perlu diteliti kerana ia tidak bersasar ketika ini dengan turut dinikmati golongan kaya dan industri.

“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cuma) subsidi harus bersasar… jika tidak, harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, di sini, hari ini.

“Saya memberi tempoh dua minggu untuk mencerakin serta menelusuri seluruh implikasi, dan berbincang dengan sektor swasta serta pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya ialah meringankan beban rakyat miskin,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya mengambil manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.

Bagaimanapun untuk golongan kaya dan industri besar terbabit, beliau berkata, pelbagai kemudahan serta insentif akan diperbaiki supaya mereka juga tidak terbeban.

“Ini turut membabitkan soal tarif elektrik. Dari segi angka dibentangkan itu, manfaat diberikan kepada golongan miskin hampir sama dengan manfaat diterima golongan kaya sekitar RM2.5 bilion.

“Jadi bagi saya, ia tidak munasabah… namanya subsidi tetapi yang mendapat manfaat ialah golongan lain. Maknanya, subsidi elektrik itu diteruskan… saya bila sebut perkara ini, tidak mahu ada kebimbangan subsidi untuk rakyat ,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close