MalaysiaPilihan Editor

ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman Diarah Bayar Kompaun Langgar PKPB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengesahkan beliau diarah supaya menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

Young Syefura berkata, beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.

“Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu,” katanya.

Young Syefura berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.

Sebelum ini, Young Syefura dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut.

Selangor adalah antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Disember ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close