Duniaku TeknokratPilihan Editor

Google, Twitter, Amazon, Salesforce Buang Pekerja

Syarikat utama Google, Alphabet, dan Twitter, Amazon, serta Salesforce dilaporkan akan mengurangkan tenaga kerja mereka di seluruh dunia.

Alphabet akan menjadi firma teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang bertindak mengurangkan 12,000 kakitangan selepas pandemik COVID-19, menurut laporan The Guardian.

Ketua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai, berkata pemberhentian pekerja itu dilakukan susulan ‘semakan rapi’ terhadap struktur perniagaan syarikat.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas langkah sama diambil Microsoft untuk mengurangkan 10,000 tenaga kerja akibat peralihan dalam tabiat perbelanjaan digital dan kelemahan ekonomi global.
Ketua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai. - Foto AFP
Ketua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai. – Foto AFP

 

Mengulangi kenyataan baru-baru ini oleh rakan kongsi syarikat itu, Pinchai menyatakan bahawa perniagaan Alphabet berkembang secara berlebihan semasa kemuncak pandemik, apabila permintaan untuk perkhidmatan dan produk digital meningkat.

“Sejak dua tahun lalu kami menyaksikan tempoh pertumbuhan yang dramatik. Bagi memadankan dan memacu pertumbuhan itu, kami mengupah pekerja untuk realiti ekonomi yang berbeza daripada yang kami hadapi hari ini,” katanya.

Tambah beliau, pengurangan tenaga kerja itu akan ‘merentasi Alphabet, lingkungan produk, fungsi, tahap dan wilayah’. Di bawah Google, syarikat itu turut merangkumi YouTube dan sistem pengendalian mudah alih, Android.

Dalam pada itu, tenaga kerja Twitter juga berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk mengambil alih pentas media sosial itu, lapor Sputnik.

Sebelum Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion pada akhir Oktober 2022, syarikat berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja tetapi bilangannya kini susut kepada kira-kira 1,300 pekerja.

Twitter kini mempunyai kurang 550 jurutera sepenuh masa dan pasukan petugas keselamatan termasuk kurang 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 kakitangan tidak bekerja yang masih dibayar gaji di samping hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera.

Pada Disember, The New York Times melaporkan bahawa Twitter berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos.

Pengurangan tenaga kerja lain dalam industri teknologi AS sejak beberapa bulan kebelakangan ini termasuk 18,000 kakitangan Amazon dan 8,000 pekerja Salesforce. – AGENSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close