GovernansPilihan Editor

Malaysia Raih Pelaburan Berjumlah RM264.6 Bilion Pada 2022

Malaysia mencatat sejumlah RM264.6 bilion (AS$59.9 bilion) pelaburan yang diluluskan melalui 4,454 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2022 meskipun masih berdepan persekitaran ekonomi global yang amat mencabar.

Pelaburan yang dicatatkan pada 2022 itu dijangka dapat mewujudkan 140,370 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata walaupun ia lebih rendah berbanding 2021, tetapi ia masih menjadi kadar pelaburan kedua tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2022 itu juga menunjukkan status Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan.

Tengku Zafrul berkata, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 61.7 peratus daripada jumlah pelaburan pada RM163.3 bilion.

China, katanya mendahului sebagai negara yang paling banyak melabur dengan jumlah pelaburan yang diluluskan pada RM55.4 bilion diikuti oleh Amerika Syarikat (RM29.2 bilion), Belanda (RM20.4 bilion), Singapura (RM13.5 bilion) dan Jepun (RM11.4 bilion).

“Lima negeri telah menyaksikan aktiviti pelaburan yang ketara, dengan Johor mempunyai pelaburan diluluskan paling banyak berjumlah RM70.6 bilion.

“Ini diikuti Selangor (RM60.1 bilion), Sarawak (RM28.2 bilion), Kuala Lumpur (RM25 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.3 bilion),” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close