MalaysiaPilihan Editor

Pengamal Media Dituntut Bersedia Memperkasakan Diri Pelbagai Kemahiran Baharu – Malaysian Press Institute

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kepantasan menyalurkan berita seiring fakta sahih dan tepat dalam mengekang penyebaran berita palsu selain penggunaan pelbagai teknologi digital adalah antara cabaran utama yang perlu didepani kelompok wartawan profesional sekarang.

Pandangan ini disuarakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2021 di ibu kota (24 Jun 2022).

Dipacu oleh kelahiran internet dan elemen kecerdasan bikinan, robotik, analisis data raya, internet of thing (IoT), realiti maya Revolusi Industri 4.0, kata beliau, wartawan generasi hari ini dituntut supaya bersedia memperkasakan diri dengan kepelbagaian kemahiran baharu, bersifat multi-tasking dan pantas dalam menyalurkan berita tetapi terikat dengan etika kewartawanan.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mastura Ahmad Mustafa dan Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan Jaafar serta pengamal media arus perdana dan media berita portal termasuk Ketua Pengarang Digital BacalahMalaysia.my, Ahmad Fauzi Mustafa.

Terdahulu, MPI menerima 350 penyertaan HKM 2021 dengan 42 pemenang hadiah emas, perak (46), gangsa (26) dan dua pemenang Anugerah Khas.

Buat pertama kali juga, MWM 2022 memperlihatkan format baharu dengan hadiah kemenangan disampaikan pemenang Kajai terdahulu dan HKM 2021 tiada pemenang Hadiah Kajai diumumkan.

“HKM diperkenalkan pada tahun 1980 dan MWM pada 1981 dan para pengasasnya mungkin tidak menjangka bahawa kedua-dua saranan nilai MPI ini dapat bertahan sampai ke hari ini,” kata Chamil.

Lebih membanggakan MPI, penyertaan tahun ini tidak lagi dikuasai dan dimonopoli oleh media legasi tetapi disaingi oleh media di alam maya dan jelas menggambarkan landskap baharu media dan kewartawanan di negara ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close