Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tanggung Kos Tukaran Asing RM70 Juta

Pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara terpaksa membayar kira-kira RM69.9 juta hanya bagi yuran pindahan dan pertukaran mata wang asing setiap tahun.

Jumlah itu tidak termasuk yuran pengajian, kos pendidikan lain dan perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun.

Kajian yang dijalankan syarikat teknologi global, Wise, mendapati hampir 60,000 pelajar Malaysia belajar di peringkat antarabangsa dengan purata kerugian sebanyak RM1,182.92 setiap tahun bagi setiap pelajar daripada yuran berkaitan pindahan.

Ini kebiasaannya termasuklah yuran tersembunyi dalam kadar pertukaran yang dikenakan oleh kebanyakan penyedia tradisional.

“Yuran pengajian, kos pendidikan lain dan perbelanjaan sara hidup bukanlah satu-satunya kos yang perlu diambil kira kerana pelajar antarabangsa kehilangan wang dalam yuran pertukaran asing setiap tahun,” kata Wise dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, 10 destinasi paling mahal untuk pelajar Malaysia belajar di luar negara, dari segi kos pengajian dan wang yang hilang kepada yuran tersembunyi adalah Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Australia, Kanada, United Kingdom, Singapura, Ireland, Belanda, Pakistan dan India.

Katanya, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara membelanjakan paling banyak wang untuk pendidikan di AS dengan purata RM130,470.38 dibelanjakan setahun, yang juga lebih tinggi daripada purata global.

“Australia dan United Kingdom yang berada dalam lima destinasi pendidikan terbaik untuk pelajar Malaysia juga adalah negara yang mahal untuk belajar. Kos purata tahunan purata kedua-dua negara itu adalah antara RM65,665.04 hingga RM77,221.40 setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, Singapura yang juga destinasi antarabangsa paling dekat yang dikaji juga mempunyai yuran pindahan yang mahal dengan pelajar kerugian purata RM3,719.17 setiap tahun.

“Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini berkemungkinan mencetuskan perbincangan di kalangan ramai pelajar dan keluarga mereka mengenai kemungkinan belajar di luar negara.

“Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira, daripada kualiti program yang ditawarkan, kepada kos sara hidup dan pengajian,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close