Ekonomi Islam & Global

Maskargo Kendalikan Kargo Dalam Kabin Pertama Dari Shanghai Ke Melbourne

MAB Kargo Sdn Bhd semalam (11 Ogos 2020) membuat penerbangan Kargo dalam Kabin 90 (CIC90) pertamanya dari Pudong, China ke Melbourne, Australia.

CIC90 adalah kod penerbangan penumpang kepada kargo (P2C) MASKargo yang membawa barangan di tempat duduk selain daripada rak di atas kepala penumpang serta di bawah kerusi, bergantung kepada saiz kotak kargo berkenaan.

Sebelum ini, MASkargo hanya mempunyai kelulusan untuk CIC yang membolehkan kargo disimpan di bawah kerusi, dalam petak simpanan atau rak di atas kepala penumpang.

Kumpulan Penerbangan Malaysia yang terdiri daripada MABKargo, Operasi Lapangan Terbang, Aero Darat Services, Keselamatan Korporat, Perkhidmatan Teknikal Kejuruteraan , AMAL dan Pengendalian Penerbangan secara bersama telah membangunkan prosedur bagi tujuan berkenaan yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

“Kami berjaya membuat penerbangan pertama CIC kami pada 14 Mei 2020 melalui MH149 dari Kuala Lumpur ke Melbourne,” kata Pengurus Kanan Operasi Pengangkutan, Che Adenan Che Wan dalam satu kenyataan.

Penerbangan MH 387, yang menggunakan pesawat penumpang Airbus 330-300 Malaysia Airlines meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong pada 0150LT dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 0720LT untuk mengisi bahan bakar dan pertukaran kru sebelum berlepas ke Melbourne pada jam 1010LT.

Penerbangan dari China membawa lebih kurang 5,000 kotak steril pengasingan untuk kakitangan penjagaan kesihatan di Melbourne.

Daripada 5,000 kotak, kira-kira 200 telah diikat di atas tempat duduk manakala 215 disimpan dalam rak di atas kepala penumpang. Baki yang lain disimpan dalam perut pesawat.– BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close