Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Maybank Islamic Perkenal Inisiatif Halal PKS

Maybank Islamic Bhd memperkenalkan inisiatif Halal Route to Market Program (HalMap) bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk halal ke pasaran luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata program itu dimulakan dengan pemilihan sepuluh PKS yang layak bagi menceburi pasaran makanan halal di Singapura.

Beliau berkata, PKS akan dibekalkan dengan platform pengedaran, perkhidmatan nasihat dan latihan untuk memasarkan produk mereka dalam sektor barang pengguna laris atau ‘Fast Moving Consumer Goods’ (FMCG).

“10 PKS itu dijangka dapat mempromosikan 50 produk mereka di Eccellente by HAO Mart, Kinex Mall Singapura, pada suku keempat tahun ini.

“Maybank Islamic juga menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan amaxMALL Sdn Bhd (amaxMALL) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk menjayakan program ini.

“Kerjasama dengan amaxMALL dan MATRADE adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank memanfaatkan pasaran halal serta meningkatkan jumlah syarikat baharu sekaligus membantu perkembangan eksport.

Mohamed Rafique berkata, HalMap dapat menjadi saluran baharu disamping memberi peluang tambahan kepada pelanggan PKS Maybank Islamic memperluaskan operasi disebalik cabaran CAOVID-19.

Beliau berkata, bank berharap inisiatif itu dapat membantu memastikan PKS tempatan tetap berdaya tahan, walaupun sedang menghadapi banyak rintangan dan cabaran ketika ini.

Bank juga katanya komited untuk membantu bukan sahaja pelanggan PKS, tetapi juga pelanggan perbankan perniagaan dan perniagaan korporat untuk mengembangkan peluang perniagaan halal mereka.

“Empat skop menjadi fokus utama kami dalam mendorong pertumbuhan rantaian bekalan halal, iaitu kesedaran, pembiayaan, kemampuan dan peningkatan kapasiti serta akses pasaran,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close