Pilihan EditorTwo Cents

Rakyat Malaysia Menaruh Harapan Tinggi Kelajuan 5G – LIDAH PENGARANG

Malaysia berada di kedudukan keempat untuk purata kelajuan muat turun 5G di belakang Korea Selatan (432.5 Mbps), Singapura (376.8 Mbps) dan Brazil (346.4 Mbps).

Penyelidikan Opensignal menunjukkan bahawa rangkaian 5G Malaysia memberikan kelajuan dan kebolehpercayaan yang sangat baik, mengatasi prestasi banyak negara perindustrian dengan purata kelajuan muat turun 5G sebanyak 322.7 megabit sesaat (Mbps).

Kalau ikut gambaran kajian penyelidikan itu, rakyat Malaysia seharusnya gembira dengan keadaan itu.

Segala-galanya pantas !

Mana tidaknya, download laju tanpa sekat-sekat, tengok video atau penstriman yang sangat lancar.

Nak hantar maklumat, terus sampai !

Nak transfer wang atau menjalankan perniagaan, tiada masalah ! Sudah tentu pertumbuhan ekonomi akan meningkat berkali ganda, terutama ekonomi digital yang dijangka memberi sumbangan 25 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2030.

Menurut laporan BERNAMA, Lidah Pengarang setuju dengan harapan bahawa Malaysia telah menjadi peneraju global dalam ketersambungan 5G dengan sokongan rangkaian yang pantas dan boleh dipercayai, berdasarkan laporan kajian penanda aras Opensignal terkini yang bertajuk ‘Menanda Aras Pengalaman 5G Global – Jun 2023’.

Data dalam laporan itu menggariskan pencapaian cemerlang Malaysia dalam melaksanakan dan menyampaikan pengalaman 5G yang terbaik kepada pengguna.

Secara keseluruhan, terdapat hanya tujuh pasaran yang mana purata kelajuan 5G adalah melebihi 300 Mbps.

Di Malaysia, 5G adalah 14.4 kali lebih pantas berbanding 4G yang meletakkan kedudukan negara ini kedua di belakang India (19.2 kali).

Pengguna di kebanyakan pasaran hanya menikmati kelajuan 5G yang tiga hingga enam kali lebih pantas daripada 4G.

Rangkaian 5G Malaysia juga menawarkan kelajuan muat naik purata yang mengagumkan sebanyak 41.5 Mbps, memastikan perkongsian data serta kandungan yang pantas dan cekap.

Negara ini menduduki tempat ketiga untuk kelajuan muat naik 5G, di belakang Korea Selatan (42.0 Mbps) dan Guatemala (42.0 Mbps).

Moga pelaksanaan 5G dapat dilaksanakan secara menyeluruh secepat yang mungkin – sepantas kelajuan 5G jua. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close