MalaysiaPilihan Editor

Sambutan Hari Malaysia 2025 Diadakan Di Pulau Pinang — Menteri Komunikasi

Tahun ini Diadakan Di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth dekat sini, dengan pelbagai pengisian menarik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan pada 8.30 malam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sambutan tersebut juga akan dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Acara sambutan Hari Malaysia ada kalanya diadakan di tempat terbuka seperti tahun lepas di Padang Merdeka, Kota Kinabalu (Sabah) dan ada kalanya dibuat dalam keadaan tertutup seperti di Stadium Perpaduan di Kuching, Sarawak dua tahun lepas.

“Yang membezakan kali ini, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Sabah, Sarawak dan Semenanjung secara bergilir menjadi tuan rumah bagi acara sambutan Hari Malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan antara negeri-negeri dan membantu memupuk semangat kekitaan dan rasa cinta kepada negara,” katanya. — BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close