MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: PH Akan Siasat Muhyiddin Belanja RM500 Bilion – Adly Zahari

Pakatan Harapan (PH) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata PH akan berbuat demikian sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita janji akan menjalankan siasatan terhadap perkara itu kerana walaupun Muhyiddin menyatakan wang berkenaan adalah untuk menghadapi COVID-19, kita akan lihat daripada semua aspek.

“Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara,” katanya selepas berceramah di Kampung Ujong Padang, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Adly dalam ceramahnya berkata, peruntukan terbabit amat besar dan meskipun dikatakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik COVID-19, ia perlu disiasat.

“Jadi kita yakin PAS yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) tidak akan diberikan tempat pada PRU15,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close