MalaysiaPilihan Editor

Tanah runtuh Batang Kali: 37 Berjaya Diselamatkan, Operasi Diteruskan Cari Mangsa

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Seramai 37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Laporan BH Online turut memaklumkan dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini.

Sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.

Bagaimanapun, Norazam berkata, maklumat daripada pasukan perubatan mendapati seramai 31 mangsa berjaya ditemukan dan berada dalam keadaan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.

Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM). – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close