Duniaku TeknokratPilihan Editor

KWAP Muncul Pemegang Saham Besar Dalam Farm Fresh

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) membeli tambahan empat juta saham dalam pengeluar tenusu tempatan, Farm Fresh Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.07 peratus.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Farm Fresh berkata KWAP membeli blok saham itu, yang bersamaan dengan pegangan 0.21 peratus, kelmarin.

Pembelian saham terkini itu mendorong pegangan saham dana persaraan terbabit melebihi ambang lima peratus yang diperlukan untuk dianggap sebagai pemegang saham yang besar.

Pegangan saham semasa KWAP sebanyak 5.07 peratus itu terdiri daripada 2.45 peratus pegangan langsung dan 2.62 peratus pegangan tidak langsung.

Pengasas Bersama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm, Fresh Loi Tuan Ee dan keluarganya adalah pemegang saham Rainforest dan FarmChoice.

Saham Farm Fresh ditutup tidak berubah pada RM1.47 hari ini, memberikan syarikat itu permodalan pasaran RM2.75 bilion.

Saham Farm Fresh telah meningkat 10.53 peratus setakat tahun ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close