Pilihan EditorTwo Cents

KACA MATAKU: Zionis Maju Ke Depan Sementara Kita Terus Bercakaran Sesama Sendiri

Oleh Dzulkifli Abdul Razak

Perkembangan di Timur Tengah baharu-baharu ini mencetuskan semula berbagai saranan memulau dan mendenda Israel atas kedurjanaanya. Ini mirip kepada tindak balas dasar aparteid Afrika Selatan satu ketika dahulu dan berjaya menyelesaikan keadaan.

Kemelut di Palestin dikatakan mirip dengan dasar aparteid tersebut. Apatah lagi, terdapat hubungan intim antara Israel dan Amerika dalam bentuk berbilion dolar ‘bantuan’ ketenteraan dan ekonomi setiap tahun. Sokongan membuta seumpama ini membuatkan Israel lebih yakin dan angkuh.

Walaupun anehnya, kesannya kepada Amerika begitu mengancam sekali khas dari segi keganasan termasuk peristiwa 9/11 dan turutannya.

Protes membantah sokongan dari Amerika kepada Israel kebelakangan sudah banyak kedengaran. Umum mengetahui sehingga 1995, perdagangan antara Israel dan dunia Arab mula berkurangan kerana Liga Arab memulaukan Israel sejak daripada 1945 lagi.

Bukan sahaja ia berlaku secara langsung tetapi juga tidak langsung melalui negara ketiga atau syarikat-syarikat sekutunya.

Namun, majalah The Economist masih  meletakkan Israel di tangga atas; keempat antara ekonomi paling berjaya di dunia untuk tahun 2022.

Maknanya, kesan pemulauan selama ini tidak sangat dirasai, malah IMF menganggarkan KDNK Israel pada kadar US$564 billion dan KDNK per kapita pada USD58,270 untuk 2023 (yakni 14 tertinggi didunia), yakni angka setanding dengan negara maju yang lain.  Secara perinci sektor utama ekonomi Israel adalah teknologi  tinggi dan perkilangan  industri. Industri berliannya adalah antara terbaik didunia dalam memotong dan mengilap membawa kepada lebih 23 peratus semua eksport negara. Berlian kasar dimport, seperti juga bahan mentah lain untuk ditingkatkan lagi niatnya.

Pada peringkat ketenteraan pula, Israel mempunyai angkatan modern dan kenali mempunyai senjata nuklear dengan keupayaan infrastruktur melawani banyak negara Barat serta sektor teknologi tinggi.

Bahkan sektor ini setara dengan pusat teknologi Lembah Silikon di US. Sedangkan peratusan warga Israel terlibat dalam bicara sains dan teknologi, dan  perbelanjaan ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada kadar KDNK, adalah antara teratas di dunia.

Kedua terbanyak memupuk syarikat tunas (startup) selepas Amerika, dan dikatakan ketiga terbesar bilangan bagi syarikat tersenarai-NASDAQ selepas Amerika dan China. Maka,   Israel sering dirujuk sebagai ‘Start-Up Nation’ ataupun Lembah Silikon Timur Tengah.

Tambahan daripada itu, Israel mempunyai kualiti pendidikan yang cemerlang serta penglibatan khalayak bermotivasi tinggi bertanggungjawab memajukan negara dalam bidang teknologi serta ekonomi yang rancak mengikut piawaian seantero.

Ini menentukan pertumbuhan prasarana yang kukuh, serta sistem inkubasi terkini untuk idea-idea segar dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan tidak ternilai. Oleh itu, tidak hairanlah ia dijemput menganggotai OECD pada 2010, sungguhpun ada pihak yang menentang.

Israel juga memeterai beberapa perjanjian perdagangan bebas seperti dengan Kesatuan Eropah, Amerika, Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, Turkiye, Mexico, Kanada, Ukraine, Jordan, dan Mesir. Pada 2007, Israel menjadi negara bukan Amerika-Latin pertama menandatangani perjanjian persidangan bebas dengan blok perdagangan bergelar Mercosur.

Satu-satunya majikan terbesar Israel adalah industri aeroangkasanya yang menghasilkan beberapa produk penerbangan, ruang angkasa dan pertahanan. Pada 2017, syarikat tersebut mendapat pesanan US$11.4 billion. Sementara itu, syarikat aeroangkasanya mampu membekalkan komponen elektronik untuk melengkapkan lagi usaha bagi kajian kenderaan udara tanpa manusia (UAV). Mengikut Stockholm International Peace Research Institute, syarikat prasarana Israeli bertanggungjawab menyumbang 41 peratus semua UAV dron dieksport antara 2001–2011. Harga eksport Israel terus mencecah penjualan bernilai US$11.2 billion pada 2021. Eksport kepada negara Arab melalui Perjanjian Abraham mencatat 7 peratus dari semua eksport pertahanannya.

Selain itu, Israel juga turut  berbangga dengan industri pembinaan kapal laut. Antara terbesar di Mediterranean Timur bagi pasaran awam. Ia membina berbagai model  untuk kegunaan umum termasuk  peralatan perlabuhan.

Terpenting juga adalah pada 2020, Israel dianggap telus dan bersih oleh badan berwibawa Transparency International yang meletakkan Israel pada tangga 35 antara 179 negara yang mengikuti Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Ia juga peka menolak rasuah berbentuk lain sebagai sebahagian dari Konvensyen Rasuah OECD (OBC) mulai 2008.

Dengan kata lain, rejim Zionis sudah lama bersedia untuk mencabar, kemudian mempertahankan tindak-tanduk yang diambilnya. Akhirnya, adakah kita mempunyai persediaan yang setimpal, jika  asyik bercakaran sesama sendiri tiada henti!

  • Penulis adalah Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close