Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menaruh harapan tinggi supaya namanya dicalonkan di kawasan kubu kuat PKR itu, beliau bagaimanapun tetap menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan dalam menentukan kerusi bakal ditandingi kelak.
“Saya bukanlah pemutus kata, hati ini memang teringin kekal bertanding di tetapi sebagai ‘askar’ dalam parti, kita boleh berharap tidak digugurkan daripada untuk dicalon dan kedua, diberikan kerusi sebagaimana kemahuan hati.

Terdahulu, beliau menghadiri pertemuan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama
Nurul Izzah berkata, pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) belum selesai namun pihaknya sudah menetapkan 20 September untuk bermesyuarat dengan pimpinan PH negeri.
“Di peringkat pusat, kita akan bergandingan dan Insya-Allah kita cuba selesaikan secepat mungkin sebelum tiba Oktober,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, turut memikul tugas penting membantu jentera pilihan raya di ketiga-tiga negeri berkenaan dan berharap semua pihak memberi peluang kepadanya untuk terus berkhidmat. – BH ONLINE/NSTP
