MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15 – Lebih Ramai Calon Wanita Pulau Pinang Boleh Diketengahkan PRU-15 – Kata Ketua Wanita BN Negeri

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Saya amat berharap lebih ramai calon wanita Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang boleh diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini,” kata Ketua Wanita BN negeri, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia menegaskan kalau boleh juga, biarlah jumlah itu melebihi 30 peratus iaitu sasaran awal yang Wanita BN tetapkan sebelum ini.

Setakat ini, hanya satu kerusi dimiliki oleh wanita UMNO dan BN di Pulau Pinang iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan yang disandang oleh Nor Hafizah Othman.

“Dapat atau tidak (diletakkan sebagai calon), itu merupakan soal kedua.

“Yang penting, kita berhasrat untuk ketengahkan calon-calon wanita yang lebih berwibawa  merangkumi calon lain daripada parti komponen BN.

“Tidak semestinya Wanita UMNO tetapi Wanita MCA, MIC dan Friends BN,” kata Norliza ketika ditemui pemberita di Tasek Gelugor, baharu-baharu ini.

Malahan, beliau berkata, Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang telahpun mengenal pasti calon-calon wanita daripada parti itu yang akan diketengahkan pada PRU-15 nanti.

“Nama-nama tersebut termasuk calon daripada parti komponen BN yang lain seperti MCA dan MIC akan ‘dipersembahkan’ kepada pucuk pimpinan untuk diteliti sebelum diputuskan,’ katanya.

Pemilihan calon-calon dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk daripada pelbagai peringkat umur dan pengalaman politik selepas mengambil kira pencapaian Wanita BN di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka sebelum ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close