Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia Guna Konsep “2U2I” Sebagai Pendekatan Kelestarian Pendidikan Strategik Modal Insan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) menggunakan konsep pembelajaran dan pendidikan “2U2I” sebagai pendekatan kelestarian pendidikan strategik modal insan negara dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

2U21 ini merujuk kepada tempoh pendidikan belajar di universiti selama dua tahun, diikuti latihan industri keusahawanan koperasi selama dua tahun di negara ini.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor menjelaskan pendekatan pembelajaran dan pendidikan yang baharu ini kepada UKKM sendiri berbanding universiti awam dan swasta lain di negara ini.

“Konsep pendidikan UKKM sangat unik. Yang mana kita mengamalkan konsep “2U2I” secara tidak langsung memberikan satu pendekatan pendidikan yang inovasi dan mendekati selok-belok pengurusan koperasi dan keusahawan lebih terbuka dan realistik.

“Kita baru sahaja menyambut 100 tahun koperasi di negara ini, maka sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan, kita perlu meneruskan kelestarian koperasi 100 tahun mendatang lagi.

“Menerusi UKKM inilah diwujudkan secara pengkhususan (keusahawanan koperasi) bagi menjaga martabat kesarjanaan dalam universiti itu sendiri.

“UKKM tidak perlu dilihat sebagai satu saingan kepada universiti awam dan swasta lain kerana kewujudan UKKM adalah saling melengkapi dalam institusi pengajian tinggi,” katanya di Program Selamat Pagi Malaysia  di RTM Angkasapuri di sini.

Setakat ini, UKKM sedang menunggu kelulusan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang berada di fasa akhir sekarang.

Sebanyak 15 program akan ditawarkan dari peringkat Diploma sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

April lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan penubuhan UKKM yang bakal membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

Mohd Ali berkata, UKKM menyasarkan pelajar tidak lebih 5,000 orang dan pada peringkat awal ini, kami berharap jangkaan antara 500 hingga 2,000 pelajar akan memulakan pembelajaran di UKKM tidak lama lagi.

“UKKM dijangka beroperasi pada bila-bila masa sebaik beberapa aspek pengurusan dan teknikal selesai kelak.

“Selaku universiti butik, UKKM tidaklah seperti universiti lain yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai.

“Ramai menganggap kewujudan UKKM ini adalah idea picisan tetapi kewujudan UKKM ini adalah perkongsian kemakmuran pendidikan untuk generasi baharu dalam sektor keusahawanan dan koperasi.

“Selaku universiti baharu, UKM bakal melahirkan modal insan yang berupaya mencipta pekerjaan baharu dan peluang keusahawanan yang baharu lagi inovasi sekaligus mengekang masalah pengangguran dan kemelut isu sosio-ekonomi negara yang lain, katanya.

Menurut Mohd Ali, antara strategi yang telah sedang dan telah dilaksanakan ialah pertemuan dalam kalangan peneraju 100 koperasi premier yang mana keterlibatan mereka dalam UKKM ini dari segi pelaburan dan operasi menjadikan universiti ini mempunyai daya usaha yang tinggi.

“Kita mempunyai lebih 14,000 koperasi di seluruh negara dan di bawah pengoperasian koperasi terdapat Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang boleh diperuntukan dan disalurkan bagi menyokong matlamat UKKM itu sendiri, selain pelaburan dalam kalangan koperasi premier,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close