Dimensi BisnesPilihan Editor

ANGKASA Perluas Pasaran Produk Koperasi Ke Peringkat Antarabangsa

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) merancang memperluas pasaran produk milik koperasi tempatan ke rantau Asia bermula tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fatah Abdullah, berkata langkah itu bagi mendorong pembangunan koperasi berkenaan dan ahlinya ke peringkat antarabangsa.

Katanya, ketika ini ANGKASA dalam usaha mempromosi produk koperasi ke negara rantau ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.

“Pada masa sama, ANGKASA juga akan buat promosi meluaskan lagi pasaran produk kita ke peringkat negara luar ASEAN termasuk China, India, Jepun dan Korea.

Sementara itu, Abdul Fatah berkata, sebanyak 12 produk berasaskan makanan bernilai RM489,000 dieksport MyGerak ke Arab Saudi dan dijangka berada di pasaran negara itu bermula bulan depan.

“Permintaan produk Malaysia di sana tinggi kerana ramai rakyat Malaysia yang mengerjakan haji dan umrah, itu belum termasuk mereka bekerja dan menetap di Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata, produk dari negara ini turut diterima baik masyarakat Muslim dari negara lain yang berada di Arab Saudi seperti Indonesia yang membolehkan wujudnya potensi luas untuk mengeksport produk dari Malaysia ke sana.

“Selain Arab Saudi, MyGerak sebenarnya sudah menghantar produk koperasi ke China pada Januari lalu dan penghantaran kedua dijangka dibuat pertengahan tahun ini.

“ANGKASA berbangga dengan pencapaian MyGerak menembusi pasaran ini dan akan membantu mempersiapkan produk serta perkhidmatan koperasi supaya bersedia dibawa ke pasaran antarabangsa,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close