Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengerusi yang baharu, berkuat kuasa 1 September 2024.
Mohd Zuki, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-15, akan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.
“Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.
KWSP merekodkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.7 bilion bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, peningkatan 29 peratus daripada RM28.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Sejumlah 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.15 juta tenaga buruh Malaysia.
Pendaftaran majikan baharu yang direkodkan dalam tempoh itu ialah 37,284, menjadikan jumlah majikan aktif berdaftar dengan KWSP kepada 610,357.
Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM50.48 bilion pada separuh pertama 2023 kepada RM57.35 bilion pada separuh pertama 2024. – BH ONLINE