
KUALA LUMPUR: Tiga calon wanita, termasuk bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berada dalam senarai 25 calon yang mendapat undi paling tinggi bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, memaklumkan keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO setakat jam 9 pagi tadi menunjukkan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Datuk Suraya Yaacob turut berada dalam senarai berkenaan.
Shahaniza, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul dan bekas EXCO Pahang, juga berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran pada pemilihan semalam, manakala Suraya pula bekas EXCO Kedah dan penyandang jawatan Ahli MKT.
Shahaniza berada pada kedudukan kesembilan dalam senarai, diikuti Zahid pada kedudukan ke-15 dan Suraya pada kedudukan ke-24.
Isham yang memaklumkan perkembangan itu melalui hantaran di Facebooknya, turut menyenaraikan keputusan tidak rasmi pemilihan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap serta naib presiden.
PENGERUSI TETAP
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah
NAIB PRESIDEN
1. Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
2. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
3. Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
4. Datuk Seri Ahmad Maslan
5. Datuk Seri Bung Moktar Radin
6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
8. Datuk Azian Osman
9. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
10. Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin
11. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii
12. Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad
13. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
15. Datuk Zahida Zarik Khan
16. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
17. Datuk Johan Abdul Aziz
18. Isham Jalil
19. Datuk Seri Dr Ahmad Said
20. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
21. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
22. Datuk Lokman Noor Adam
23. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
24. Datuk Suraya Yaacob
25. Datuk Seri Jalaluddin Alias