MalaysiaPilihan Editor

Penetapan Harga Getah Di Ladang Boleh Tingkat Pendapatan Pekebun – PKPKM

Pengwujudan mekanisme penentuan harga getah di ladang dilihat berupaya menyelesaikan masalah harga getah tempatan bagi tempoh jangka panjang.

“Kos menghasilkan satu kilogram (kg) getah kini mencapai RM4 merangkumi kos mengupah, menoreh, penjagaan ladang seperti membaja dan meracun, kos pengangkutan, bayaran ses serta kos sara hidup.

“Oleh itu, mekanisme penentuan harga perlu dibuat bagi memastikan pendapatan pekebun kecil dapat ditingkatkan sejajar kenaikan kos terbabit”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Jika dilaksanakan secara menyeluruh, mekanisme itu dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh menggunakan agensi sedia ada untuk membantu dalam menetapkan harga getah harian.

“Agensi pembangunan ladang getah dan pekebun kecil seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) perlu dimartabat sebagai antara agensi yang menetapkan harga getah berdasarkan kos pengeluaran di ladang bagi sektor pekebun kecil.

“Agensi itu adalah yang paling banyak terbabit dalam pengurusan ladang pekebun kecil.

“Impak paling penting adalah mekanisme berkenaan akan menarik minat anak muda tempatan untuk pulang ke kampung dan mengusahakan semula tanaman getah yang sudah lama ditinggalkan oleh keluarga mereka,” katanya.

Adzmi berkata, kerajaan boleh mengenakan ses atau cukai import.

“Sehingga kini, getah yang diimport tidak dikenakan cukai, menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan tambahan perbelanjaan untuk membantu menstabilkan harga getah tempatan antaranya IPG dan IPL.

“Jumlah getah yang diimport ke Malaysia mencapai satu juta tan setahun dan digunakan untuk memenuhi keperluan industri berasaskan getah dalam negara,” katanya.

Jika cukai itu dilaksanakan, katanya, hasil cukai boleh digunakan untuk menyokong kedua-dua insentif terbabit pada masa hadapan.

“Banyak negara telah mengenakan cukai berkenaan antaranya Kemboja (tujuh peratus), China (20 peratus), Bangladesh (10 peratus) dan lain-lain negara (lima peratus).

“Cadangan cukai berkenaan perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan bagi mengelak ia membebankan industri pada masa hadapan kerana kesan akhir akan kembali kepada pekebun kecil,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close