MalaysiaPilihan Editor

Najib Gagal Gantung Prosiding Kes 1MDB

Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya ditolak Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Najib memohon untuk menggantung prosiding berkenaan sementara rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan supaya Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes 1MDB diputuskan Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah, sebulat suara menolak permohonan Najib selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Hadhariah yang memberikan keputusan panel, berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan (responden) bahawa tiada keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan prosiding kes itu digantung.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close