Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir kerajaan negeri Terengganu bercadang mewujudkan kumpulan ‘pembangkang’ yang bukan macam UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata seorang exco.
“Pembangkang yang kita nak wujudkan ini sudah tentu mereka yang membangkang untuk membetulkan kerajaan, bukan pembangkang yang bermatlamat macam UMNO dulu di Terengganu untuk meruntuhkan kerajaan,” kata hari ini.
Perkembangan berkenaan menyusul selepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu yang menyaksikan PN menyapu bersih semua 32 kerusi DUN.
Mengulas lanjut urusan melantik ADUN ‘pembangkang’ itu, Razali berkata ia sudah pun dibincangkan namun masih lagi dalam proses penelitian.
Ditanya adakah kerajaan negeri bersedia melantik ahli politik yang tewas PRN lalu, Razali yang juga Ketua Penerangan BERSATU menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada golongan profesional yang bebas pengaruh politik.
“Pembangkang yang kalah itu tak perlu. Mereka kena muhasabah diri kenapa rakyat tolak mereka. Tak pernah ada dalam sejarah Terengganu rakyat tolak 40-0… 32 DUN, lapan Parlimen,” katanya.
Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah menyarankan kerajaan Terengganu melantik 10 ADUN dalam kalangan NGO dan golongan minoriti yang akan berfungsi sebagai pembangkang. – BH ONLINE/FMT