MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Tidak Mustahil, Menang di DUN Kijal – Razali Idris

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Tidak mustahil untuk menang,” kata Calon Nombor 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal bagi Perikatan Nasional (PN) membawa lambang PAS, Datuk Razali Idris yang berdepan dengan penyandang, Datuk Seri Ahmad Said dari Barisan Nasional (BN).

“Yang penting ialah keikhlasan kita membawa suara rakyat untuk dibela.

“Gelombang hijau semakin membara di Kijal dan seluruh Terengganu serta lima negeri yang lain.

“Sudah tiba masanya Kijal menerima pembaharuan yang lebih pesat apatah lagi di bawah kepimpinan PAS di negeri Terengganu ini,” kata Razali yang juga disenangi dikenali sebagai TokLi dalam kalangan rakyat tempatan.

TokLi tidak asing lagi di DUN Kijal malah di negeri Terengganu ini. Beliau mempunyai pengalaman bertanding di pilihan raya ini seperti di DUN Ru Rendang di bawah Parlimen Marang pada PRU12 dan Parlimen Hulu Terengganu pada PRU14. Ini adalah kali ketiga bertanding bagi PRN-15 di DUN Kijal.

Di samping itu, TokLi juga adalah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri Terengganu dan di Marang, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Pusat, Ketua Penerangan Bersatu pusat dan seorang penggubal undang-undang Ahli Dewan Negara serta Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia serta bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Dalam muatnaik di laman Facebook TokLi4Kijal, Razali turut melahirkan kesyukuran dan merasai satu tanggungjawab yang berat demi rakyat Kijal dan Terengganu keseluruhannya.

“Insya-Allah menerusi kerja kuat Perikatan Nasional (PN), PAS dan BERSATU untuk kemenangan bermakna bagi DUN N30 Kijal.

“Kebijaksanaan pengundi sangat dihargai untuk terus menyokong PN dan pencalonan TokLi bagi mewakili suara rakyat N30 Kijal adalah satu amanah yang mendukung kepada konsep PRIHATIN, BERSIH dan STABIL,” katanya lagi.

TokLi bertanding di bawah logo PAS – undilah PAS kerana kami semua di bawah PN yang memperjuangkan suara rakyat jelata.

Rakyat Terengganu memahaminya terutama warga prihatin DUN Kijal.

Menerusi muatnaik itu lagi, cabaran tetap ada namun atas dasar cakna dan kesedaran pembangunan yang lebih menyeluruh, sudah tiba masanya suara rakyat Kijal didengari, keluh kesah dan nadi denyut terus disantuni dengan kerja rakyat yang terbela.

Pembangunan Kijal yang berada dalam pembangunan koridor Kemaman sehingga ke Dungun dilihat sebagai pusat pertumbuhan yang sangat berpotensi yang bukan sahaja kemudahan asasnya baik malahan bekalan sumber alam yang banyak dan pesat dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan moden.

Perhubungan telekomunikasi yang baik, pelabuhan air dalam yang baik telah menjadikan kawasan Kemaman sebagai pusat perindustrian semakin pesat dan memberi limpahan positif kepada Kijal.

Bandar Kijal akan terus dibangunkan sebagai hub perniagaan lebih dinamik serta mempergiatkan industri pelancongan utama yang baharu. Transformasi ekonomi terutama aktiviti hiliran perlu diperbanyakkan untuk rakyat tempatan terutama warga DUN Kijal. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close