Negara pada 6 Mac 2025 dikejutkan dengan berita pemergian tokoh ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr Kamal Salih, 78, di kediamannya di Southville City, Dengkil, Selangor.
Pemergiannya sekali gus meninggalkan legasi besar dalam bidang ekonomi, pembangunan wilayah dan dasar pembangunan negara.
“Saya kehilangan seorang sahabat yang baik dan rakan seperjuangan dalam bidang ekonomi yang terulung di negara kita. Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara khususnya dalam aspek pembangunan wilayah,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.
Beliau yang menggantikan Kamal sebagai Pengerusi MIER pada 2021 turut mengenang peranan penting Allahyarham dalam usaha pembasmian kemiskinan, pembangunan wilayah dan memperjuangkan kepentingan bumiputera.
Sementara itu, Dr Muhammed Abdul Khalid menyifatkan , seorang ahli ekonomi yang juga pernah menjadi penasihat teknikal kanan kepada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia serta pernah memikul jawatan yang diambil alih daripada Allahyarham menyifatkan pemergian ini sebagai satu kehilangan yang sangat besar.
“Beliau (Kamal) adalah tokoh pembangunan ekonomi yang ulung dan kepakarannya tiada tandingan. Pandangan dan nasihat beliau terhadap pembangunan negara amat cekap dan amat jujur dalam tanggungjawabnya sebagai pemikir intelektual.
“Negara kehilangan seorang pakar ekonomi yang berani dan saya secara peribadi kehilangan seorang mentor, cikgu serta sahabat yang amat saya sanjungi dan hormati.
“Beliau sangat cekap dan berani serta sentiasa jujur dalam setiap tindakan,” katanya.
Dilaporkan solat jenazah Allahyarham Kamal diadakan di Masjid Raudhatul Jannah selepas solat Asar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor.
Berita pemergian Kamal yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) disahkan rakan terdekat Allahyarham, Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya (UM) Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah.
Rajah berkata beliau menerima panggilan memaklumkan pemergian Allahyarham pada 10.30 pagi.
“Beliau sangat hebat, seorang ahli akademik cemerlang dan ahli ekonomi yang bijak. Agak mengejutkan mendengar pemergian Allahyarham,” katanya.
“Saya baru bertemu Tan Sri minggu lalu. Beliau masih begitu bersemangat dengan tugas dan ideanya. Sumbangan beliau terhadap bidang akademik serta ekonomi akan sentiasa dikenang,” katanya.
Allahyarham, 78, adalah bekas profesor dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM serta tokoh akademik dan ekonomi banyak berjasa kepada negara, termasuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Dasar USM.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Ekonomi Perdana Menteri dari 1981 hingga 1986, dan menganggotai Majlis Perniagaan Malaysia dari 1991 hingga 1996.
Selain itu, beliau turut memainkan peranan sebagai Rapporteur-General bagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN1) dari 1989 hingga 1991 yang bertanggungjawab merangka dasar pembangunan ekonomi negara.
Antara sumbangan terbesar beliau dalam sektor pendidikan ialah penubuhan Kolej Perubatan Swasta pertama di Malaysia, International Medical University (IMU) pada 1992.
Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif IMU sehingga 2004, menjadikannya antara pemimpin utama dalam pembangunan pendidikan perubatan swasta di negara ini.
Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1996 hingga 1999 dan menubuhkan Yayasan Wangsa Maju kini dikenali sebagai Yayasan Mahkota.
Dalam pentadbiran negara, beliau turut dilantik sebagai penasihat ekonomi dalam Pasukan Petugas Pelaksanaan Nasional (NITF) semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2006 hingga 2008. – BERNAMA




