MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Ketua BERSATU Terengganu Cabar Bekas Menteri Besar Terengganu Di DUN Kijal

Razali Idris vs Ahmad Said

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Satu lawan Satu !

Yang baharu lawan Yang lama !

Perlu pembaharuan atau kekal yang lama ?

Mahukan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris atau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ?

Ini semua bergantung kepada sepanjang kempen dua minggu bermula hari ini dengan Razali dan Ahmad bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Ahmad yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu dan penyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990, mewakili Barisan Nasional (BN) dicabar Razali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan lambang PAS.

Proses penamaan calon DUN Kijal yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu di Dewan Sivik Kijal, di sini, berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap penyandang DUN Kijal menyerahkan borang penamaan jam 9.04 pagi manakala Razali jam 9.11 pagi.

Kedua-dua calon mengambil masa selama 15 minit sebelum proses berkenaan selesai tanpa sebarang bantahan.

Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Razali, bekas pengerusi KETENGAH berbual mesra selepas proses penamaan calon.

Proses penyerahan borang penamaan calon diakhiri dengan pengumuman calon yang bertanding bagi kerusi N30 DUN Kijal oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya Negeri (N30) Kijal, Hanum Isa@Ghazali jam 10 pagi.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang provokasi meskipun lebih 5,000 penyokong kedua-kedua belah pihak saling berbalas sorakan menyatakan sokongan kepada calon masing-masing.

Pada PRU14, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad mempertahankan kerusinya yang disandangnya selama sembilan penggal, dengan jumlah undi sebanyak 9,545.

Hazri Jusoh yang mewakili Pas memperoleh 8,280 undi manakala calon PKR, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok hilang deposit dengan 1,472. undi.

Untuk rekod, DUN Kijal mempunyai 29,491 pengundi. – BACALAHMALAYSIA.MY/PIC BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close