Pilihan EditorTwo Cents

Negara Perlu Tindak Balas Inovatif Dan Baharu, Hadapi Krisis Global – Sultan Perak

Oleh Sultan Perak Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah

Negara kini perlu membangunkan tindak balas yang inovatif dan baharu, bagi berdepan krisis global yang dihadapi sekarang.

Dalam konteks global yang mencabar, adalah tidak mencukupi untuk hanya bergantung kepada polisi yang sama dan sudah digunakan sejak sekian lama.

Salah satu konsep yang berguna dalam hal ini adalah kesihatan planet (planetary health) yang menggambarkan sejauh mana kesihatan dan kesejahteraan manusia saling berkait rapat dengan kesihatan bumi dan kini menjadi semakin ketara.

Pertumbuhan ekonomi sememangnya penting, sebagai pemacu kemajuan dan pembangunan manusia, namun jika ia diteruskan dengan mengecualikan matlamat lain yang sama penting, malah melebihi apa yang dipanggil ‘siling ekologi’, maka kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki mungkin berlaku, kepada planet dan akhirnya kepada manusia sendiri.

Kita mesti mencari kaedah alternatif bagi mencapai kemakmuran, dengan membawa pendekatan baharu bagi membangunkan ekonomi yang berkesan untuk planet dan penduduknya.

Bidang ekonomi itu sendiri perlu menyesuaikan dan berkembang untuk mencerminkan realiti baharu ini.

Masalah dihadapi dunia hari ini adalah dalam pelbagai aspek, sangat kompleks dan saling berkait.

Oleh itu, penyelesaian yang dibangunkan sebagai tindak balas juga mestilah pelbagai dan merangkumi banyak perspektif serta sudut.. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close