Duniaku TeknokratPilihan Editor

Shazalli Ramly Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Boustead

Boustead Holdings Bhd melantik Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Urusan kumpulan berkuat kuasa 1 Disember 2020.

Boustead dalam satu kenyataan, berkata Shazalli dianggap sebagai pakar pemulihan dengan kekuatan dalam transformasi korporat, penjanaan pendapatan, pendigitalan, pemasaran dan pengedaran, serta kecemerlangan komersial dan operasi.

Pengerusi Boustead, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kehadiran Mohammed Shazalli sebagai pengarah urusan mengukuhkan komitmen konglomerat itu kepada pemberi pinjaman, pemegang kepentingan kerajaan, pemegang saham institusi dan awam serta ribuan pekerja.

“Kami yakin dengan pengalaman profesional Mohammed Shazalli dan rekod prestasi yang terbukti dalam transformasi korporat serta pengurusan, kepimpinan beliau dalam kumpulan ini mampu memacu Boustead ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Mohammed Shazalli memulakan kerjayanya bersama Lever Brothers (Unilever) dan British American Tobacco Company, serta pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Bhd, juga sebagai ketua pegawai eksekutif dan naib presiden eksekutif korporat serantau Axiata Group Bhd.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington di Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada St Louis University, Missouri. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close