Malaysia

Orang Ramai Disaran Tangguh Rancangan Balik Kampung

Orang ramai disarankan menangguhkan rancangan pulang ke kampung atau berkumpul bersama ahli keluarga sehingga kes COVID-19 reda ke angka yang lebih rendah.

Kesihatan Awam Malaysia dalam satu hantaran di laman sosial Facebook menjelaskan, jika ingin pulang ke kampung, individu disarankan bergilir-gilir (tidak serentak) dengan adik-beradik lain untuk pulang.

Selain itu, individu yang tidak sihat, disaran membatalkan perjalanan pulang ke kampung, manakala mereka yang ada berhubung dengan individu positif, pertimbangkan untuk tidak pulang ke kampung dalam tempoh sehingga dua minggu.

Walaupun kebenaran merentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, elakkan sebarang kenduri-kendara, perjumpaan besar bersama keluarga, majlis hari jadi, tahlil, majlis sosial dan sebagainya.

“Sebolehnya bincang tarikh yang sesuai,” menurut hantaran di Faceboook itu. – BERITA HARIAN

 

Orang ramai disaran elak aktiviti sosial dan perkumpulan keluarga sehingga kes COVID-19 menurun. - Gambar Facebook Kesihatan Awam Malaysia
Orang ramai disaran elak aktiviti sosial dan perkumpulan keluarga sehingga kes COVID-19 menurun. – Gambar Facebook Kesihatan Awam Malaysia

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close