MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Wanita UMNO Yakin Ramai Calon Wanita Boleh Diketengahkan Untuk PRN Sabah – Kata Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Wanita UMNO yakin dan melahirkan harapan supaya peluang pada ramai calon wanita yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menepati dengan kehendak acuan pengundi Sabah, sekali gus menyumbang kepada kemenangan BN sebagai kerajaan baharu.

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata selari dengan perkembangan positif politik di Sabah ini, beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian dan pengamatan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang akan memberikan Wanita UMNO peluang untuk menjadi calon bagi membantu kemenangan BN kali ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau juga berasakan penuh harapan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN memberi peluang pada ramai calon wanita yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon PRN Sabah menepati dengan kehendak acuan pengundi Sabah.

“Ini sekali gus menyumbang kepada kemenangan BN sebagai kerajaan baharu,” kata Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Menurut beliau, peluang ini adalah suatu cabaran kepada Wanita UMNO Sabah serta jentera wanita secara keseluruhannya kerana harapan yang diberikan adalah satu amanah dan kebertanggungjawaban yang besar.

Yang pastinya, Norliza yakin kerana ramai bakal calon Wanita UMNO mempunyai latar belakang yang baik, kepimpinan dan ketrampilan yang mesra kepada pengundi dan rakyat dan, calon wanita juga mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Paling penting, insyallah bakal calon ini adalah calon yang diterima pengundi dan calon yang boleh menang,” katanya.

Norliza bercakap demikian berhubung kenyataan ucapan  Ahmad Zahid dalam Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Gerak Kerja JR2.0 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita UMNO Sabah di Kota Kinabalu, baharu-baharu ini telah mempelawa wanita akan diberikan peluang untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi membantu kemenangan BN.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut menyentuh bahawa Wanita UMNO mempunyai ramai bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan dan mampu memberikan sumbangan besar kepada kemenangan BN pada 26 September. Daripada pengamatan beliau, kesiapsiagaan UMNO Sabah amat luar biasa, di samping Wanita UMNO dan BN yang sentiasa gigih menjalankan tugas mereka.

Kata Norliza, Wanita UMNO akan sentiasa membantu Presiden selaku Pengerusi BN serta Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Pengarah BN PRN Sabah.

“Sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO tidak akan sesekali berundur dalam setiap pertempuran kerana sejujurnya, kami sentiasa berada di barisan depan parti bagi menjelaskan setiap isu semasa dan menangani sebarang persepsi yang tidak betul,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close