Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

PARLIMEN: Malaysia teruskan rundingan dengan AS, pastikan eksport tak jejas ekonomi negara – Johari Ghani

Malaysia terus mengambil pendekatan berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas serta langkah perdagangan lain yang membabitkan kepentingan kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah tidak meneruskan sebarang rundingan dengan AS boleh memberi risiko serta mendatangkan kesan terhadap ekonomi dan perdagangan negara.

“Bila tak ada buat ‘engagement’, kita akan berdepan risiko di mana AS menganggap bahawa tarif ini adalah unilateral. Maksud unilateral itu, kalau kita eksport barang, kita sudah bagi kepada import di AS, ini harganya. Bila sampai di AS, mereka akan tambah lagi 19 peratus untuk ‘impose’ kepada rakyat mereka, bukan kita.

“Tetapi kesan kepada kita ialah, produk kita yang kompetetif, tapi kena 19 peratus lagi daripada AS, dia (produk) jadi tak Kompetetif. Ini kita tak boleh tahan, sebab itu hak mereka,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

“Kebanyakan eksport kita ini, dia banyak pergi kepada AS. Kita ada eksport RM1.6 trillion, RM711 bilion datang daripada sektor E&E dan semikonduktor. Di mana di AS saja, kita eksport tiap-tiap tahun, tahun lalu RM233 bilion. Kita juga memastikan eksport ini tidak akan menjejaskan ekonomi kita.

“Sebab itu kita kena ‘engage’ dengan mereka. Saya mula-mula dulu, saya rasa tak setuju juga. Tapi bila saya tengok dalam keadaan ini, contohnya macam China, dikenakan tariff 145 peratus, itu banyak. Kalau Malaysia kena waktu itu 40 peratus saja sudah cukup, apa terjadi kepada kita punya syarikat-syarikat yang berdagang dengan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, tarif 10 peratus mengikut Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 AS hanya sah untuk tempoh 150 hari dan ia jadual tamat pada 24 Julai ini.

April lalu, Johari memaklumkan Malaysia kini berdepan beberapa tindakan perdagangan yang dilaksanakan AS menerusi pelbagai peruntukan undang-undang negara berkenaan.

Pada Mei lalu, MITI mengetuai delegasi ke Washington bagi mengadakan rundingan berkaitan siasatan berkenaan, dimana Malaysia menegaskan sektor pembuatan negara beroperasi berasaskan prinsip pasaran serta memenuhi permintaan global yang sebenar. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close