MalaysiaPilihan Editor

Semua IPT Perlu Lebih Proaktif Soal Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Sesi Oktober, Tahniah USM Anjur Pandu Lalu – Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober dan pelajar lama kembali ke kampus susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 adalah sangat dialu-alukan demi keselamatan pelajar dan akademik universiti.

Ini disuarakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Norliza Abdul Rahim yang melihat kadar kes Covid-19 memuncak semula dan keadaan ini sangat membimbangkan.

“Kebetulan pula pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar IPT bagi sesi Oktober sudah bermula.

“Demi keselamatan pelajar kita, memang sangat bertepatan langkah penangguhan kemasukan yang diumumkan KPT,” katanya.

Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia menjelaskan beliau sangat memahami ramai pelajar bersemangat untuk belajar dan memasuki universiti baharu masing-masing dan ramai juga yang sudah tiba di kampus.

“Ini termasuklah pelajar dan keluarga mereka yang sudah keluarkan kos untuk rumah sewa, tiket perjalanan dan sebagainya.

“Usahlah melenting sana sini kerana pandemik Covid-19 masih aktif di luar sana. Sememangnya perlu ada satu keputusan drastik dan kolektif yang bukan sahaja daripada KPT tetapi kementerian lain jua.

“Rakyat mesti bersama kerajaan untuk menangani masalah pandemik ini,” katanya.

 

Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan langkah USM mewujudkan kaunter pandu lalu bagi pendaftaran penuntut baharu di kampus utama, di sini, bagi mengelak penularan Covid-19.

“Tahniah !, Malahan saya difahamkan inisiatif pendaftaran itu hanya mengambil masa selama tiga minit bagi urusan saringan suhu badan dan pendaftaran penuntut menerusi kod imbas QR.

“USM sudah memandang jauh ke depan menerusi inisiatif pendaftaran secara pandu lalu pada tahun ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

“Malahan pihak universiti juga sudah mengeluarkan kenyataan menyarankan penuntut mendaftar secara dalam talian.

“Sikap terbuka USM juga mengambil kira penuntut yang sudah bertolak ke sini dan mereka tidak perlu berpatah balik ke rumah sebaliknya boleh mendaftar seperti biasa. Pelajar diberi pilihan sama ada pulang semula ke rumah selepas mendaftar atau tinggal di penginapan siswa,’ kata Norliza lagi.

USM adalah universiti pertama yang melakukan inisiatif ini dalam mengadaptasi norma baharu mengelak penularan Covid-19. Dijangka seramai 3,084 penuntut baharu pelbagai jurusan mendaftar di kampus utama, sehingga 4 Oktober dengan seramai 790 penuntut mendaftar pada hari pertama.

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close