Duniaku TeknokratMalaysiaPilihan Editor

Izaddeen Dinaikkan Pangkat Jadi CEO Boustead

Boustead Holdings Bhd melantik Izaddeen Daud sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022, menggantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly selaras dengan program penggantian kepimpinan kanan Kumpulan Boustead.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Boustead Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Lembaga Pengarah bersetuju melantik Izaddeen, yang mempunyai pengalaman besar dan rekod prestasi cemerlang dalam sektor korporat.

Beliau berkata, Izaddeen mendapat sokongan penuh lembaga pengarah untuk menerajui kumpulan dalam mengukuhkan perniagaan teras sedia ada dan membangunkan usaha niaga baharu yang akan meningkatkan lagi nilai pemegang saham dan membawa Boustead ke tahap baharu.

“Kami memberi jaminan kepada pemegang saham kami bahawa perubahan kepimpinan adalah perkara biasa dan semua strategi dan program perniagaan akan diteruskan seperti yang dirancang,” katanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close