MalaysiaPilihan Editor

PAU 2021: Kit Media & Aturcara Perhimpunan Agung UMNO 2021

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021 akan dimulakan dengan:
1. Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Tarikh: : 16 Mac 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, 5, 6 & Dewan Tun Razak 4, WTC.

2. Perhimpunan Agung Wanita / Pemuda / Puteri UMNO
Tarikh : 17 Mac 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
i. Perhimpunan Agung Wanita UMNO
Dewan Merdeka, Aras 4 & 5, WTC

ii. Perhimpunan Agung Pemuda UMNO
Dewan Tun Razak, Aras 4, WTC

iii. Perhimpunan Agung Puteri UMNO
Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, WTC
Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, WTC

3. Acara Menaikkan Bendera UMNO – Sang Saka Bangsa
Tarikh : 18 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Plaza Merdeka, Aras 4, WTC

4. Pembukaan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Tarikh : 18 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, WTC

5. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021 – Perbahasan
Tarikh : 19 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, WTC

6. Usul
• Usul Ucapan Dasar Presiden

7. Jemputan

I. Kedutaan
Seramai 21 orang memberi jawapan kehadiran dari 13 Kedutaan yang akan turut serta dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021

II. Anggaran jumlah perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2021
Perhimpunan Agung UMNO 2,680 orang
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 959 orang
Perhimpunan Agung PergerakanPemuda UMNO 971 orang
Perhimpunan Agung PergerakanPuteri UMNO 961 orang

JUMLAH 5,571 orang

MEDIA
▪ Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan menempatkan semua media massa di Laman Media di Bilik Mawar, Aras 2, WTC.
▪ Sebanyak 53 buah agensi media melibatkan media cetak dan elekronik membabitkan 38 agensi tempatan dan 15 agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 462 orang petugas media yang telah berdaftar ke Perhimpunan Agung UMNO 2021.
▪ Bilik Rasmi Sidang Media – sidang media sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan di Bilik Melur.

ETIKA SEMASA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Sila beri perhatian berkaitan etika yang telah dinyatakan dan WAJIB dipatuhi sepanjang program ini.

PELAN PROGRAM DEWAN MERDEKA
Dilampirkan semua pelan dewan-dewan persidangan bermula dengan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri seterusnya Perhimpuanan Agung UMNO 2021.

***************************

Sebarang perubahan tertakluk kepada keperluan semasa dan akan dimaklumkan kepada petugas media.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021 sila hubungi petugas berikut:

Urusetia Media :

Muhamad Iqbal Jamal b. Jamaludin
017 501 3677
03-4042 9511 samb: 2901

Al-kamarolzaman
013 390 4249
03-4042 9511 samb: 2685

Azman Aziz
013 392 8748
03-4042 9511 samb: 2684

En. Mohd Nasri Zakariah
017-209 0358
03-4042 9511 samb: 2761

Pn. Suhana Mohd Ahir
017-259 8084
03-4042 9511 samb: 2670

Pn. Aim Faerazuaty
012-576 7087
03-4042 9511 samb: 2682

************************

ATURCARA

PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG WANITA, PERGERAKAN PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2021

16 MAC 2022 (RABU)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 MALAM

Oleh
YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

7.45 malam : Perwakilan Mengambil Tempat.

8.00 malam : Ketibaan Para Jemputan.

8.20 malam : Ketibaan EXCO Wanita / Pemuda / Puteri / Ahli-Ahli Majlis Kerta Tertinggi UMNO

8.45 malam : Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO

Perasmian Persidangan Pergerakan Sayap:

i) – Nyanyian Lagu: – NegaraKu – Bersatu, Bersetia, Berkhidmat – Maju Wanita UMNO – Ikrar Pemuda – Lagu Puteri – Barisan Nasional

ii) Bacaan Doa

iii) Ucapan Perasmian Persidangan Oleh YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO

Jamuan Ringan. Bersurai.

PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO MALAYSIA 2021
17 MAC 2022 (KHAMIS)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 PAGI

8.00 pagi : Perwakilan Mengambil Tempat Di Dewan Persidangan.
8.30 pagi : Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta Terjemahannya.
: Bacaan Doa. Nyanyian i) Bersatu, Bersetia, Berkhidmat ii) Maju Wanita UMNO

: Ucapan Aluan Setiausaha Wanita. Pesanan Pengerusi Tetap. Membentang Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2020. (Kertas Persidangan Bil. 1/34/2021) Membentang Laporan Tahunan Wanita UMNO 2020-2021. (Kertas Persidangan Bil.2/34/2021).

: Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO.

: Pemilihan 10 Orang Wakil Wanita Ke Perhimpunan Agung UMNO 2021.

: Membentang Dan Membahaskan Usul-Usul. (Kertas Persidangan Bil.3/34/2021)

12.30 t/hari : Makan Tengahari / Solat Zohor.
(Waktu Solat Zohor 1.27 ptg)

2.30 petang : Persidangan Disambung Semula.

: Ucapan Penangguhan. NegaraKU – Selawat Nabi Muhammad S.A.W.

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2021
17 MAC 2022 (KHAMIS)
DEWAN TUN RAZAK 4, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 PAGI

8.00 pagi : Perwakilan Mengambil Tempat Di Dewan Persidangan.
8.30 pagi : Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta Terjemahannya.
: Bacaan Doa. Nyanyian i) Bersatu, Bersetia, Berkhidmat ii) Ikrar Pemuda

: Ucapan Aluan Setiausaha Pergerakan Pemuda. Pesanan Pengerusi Tetap. Membentang Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2020. (Kertas Persidangan Bil. 1/34/2021) Membentang Laporan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO 2020-2021. (Kertas Persidangan Bil.2/34/2021).

: Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

: Pemilihan 10 Orang Wakil Pergerakan Pemuda Ke Perhimpunan Agung UMNO 2021.

: Membentang Dan Membahaskan Usul-Usul. (Kertas Persidangan Bil.3/34/2021)

12.30 t/hari : Makan Tengahari / Solat Zohor.
(Waktu Solat Zohor 1.27 ptg)

2.30 petang : Persidangan Disambung Semula.

: Ucapan Penangguhan. NegaraKu – Selawat Nabi Muhammad S.A.W.

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2021
17 MAC 2022 (KHAMIS)
DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 PAGI

8.00 pagi : Perwakilan Mengambil Tempat Di Dewan Persidangan.
8.30 pagi : Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta Terjemahannya.
: Bacaan Doa. Nyanyian i) Bersatu, Bersetia, Berkhidmat ii) Lagu Puteri

: Ucapan Aluan Setiausaha Pergerakan Puteri. Pesanan Pengerusi Tetap. Membentang Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2020. (Kertas Persidangan Bil. 1/19/2021) Membentang Laporan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO 2020-2021. (Kertas Persidangan Bil.2/19/2021).

: Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

: Pemilihan 10 Orang Wakil Pergerakan Puteri Ke Perhimpunan Agung UMNO 2021.

: Membentang Dan Membahaskan Usul-Usul. (Kertas Persidangan Bil.3/19/2021)

12.30 t/hari : Makan Tengahari / Solat Zohor.
(Waktu Solat Zohor 1.27 ptg)

2.30 petang : Persidangan Disambung Semula.

: Ucapan Penangguhan. NegaraKu – Selawat Nabi Muhammad S.A.W.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (18 – 19 MAC 2022)

Hari Pertama

SESI PERASMIAN
18 MAC 2022 (JUMAAT)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 PAGI

7.30 pagi : Ketibaan Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.
7.45 pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden. UMNO.
8.00 pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

: Upacara Menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa Di Plaza Merdeka.

: Sesi Foto.

8.30 pagi : Ketibaan Jemputan Khas

8.55 pagi : Ketibaan YB Dato‘ Seri Presiden dan YB Dato’ Seri Utama, Timbalan Presiden di Dewan Merdeka.

Bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran serta terjemahannya. Bacaan Doa. Nyanyian Lagu: i) NegaraKu ii) Bersatu Bersetia Berkhidmat iii) Barisan Nasional

: Laporan Setiausaha Agung. Pesanan Pengerusi. Membentangkan Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020. (Kertas Persidangan Bil. 1/34/2021).

Membentang Penyata Tahunan 2020/2021. (Kertas Persidangan Bil. 2/34/2021).

Membentangkan Penyata Kewangan 2020. (Kertas Persidangan Bil. 3/34/2021)

: Ucapan Dasar Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

: Anugerah Tokoh UMNO Negeri-Negeri.

11.00 pagi : Minum Pagi.

11.30 pagi : Membentang Dan Membahas Usul.
(Kertas Persidangan Bil. 4/34/2021)

12.30 t/hari : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan.
(Makan Tengahari / Solat Jumaat Di Dewan Tun Razak 1 Waktu Solat Zohor : 1.25 ptg)

2.30 petang : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO disambung semula.

Minum Petang. (Persidangan diteruskan)

(Waktu Solat Asar : 4.47 ptg)

6.30 petang Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan.

(Waktu Maghrib : 7.22 mlm)

Hari Kedua

19 MAC 2022 (SABTU)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR
8.00 PAGI

8.30 pagi : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO disambung
semula.

10.00 pagi : Minum Pagi (Persidangan diteruskan)

12.30 t/hari : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan. Makan Tengahari.

(Waktu Solat Zohor : 1.25 ptg)

2.30 petang : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO disambung semula.

4.00 petang : Penyampaian Hadiah Sayembara Cipta Logo, Puisi dan Video Jubli Intan 75 Tahun UMNO.

Minum Petang (Persidangan diteruskan)

(Solat Asar : 4.48 ptg).

5.00 petang : Ucapan Penangguhan.

6.00 petang : Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke
suatu masa yang akan diberitahu kelak. – NegaraKu – Selawat S.A.W

PERATURAN DAN ETIKA UNTUK PETUGAS MEDIA
(PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021)

________________________________________

1. Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan berlangsung mulai 16-19 Mac 2022 (Rabu-Sabtu) di Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur.

2. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang akan membuat liputan himpunan tersebut diminta untuk memberi kerjasama mematuhi peraturan-peraturan dan etika berpakaian semasa membuat liputan seperti mana berikut:-

2.1 Ketika lagu Negaraku dinyanyikan, petugas media tidak dibenarkan melakukan sebarang pergerakan sebagai menghormati lagu kebangsaan.

2.2 Pergerakan petugas media perlu tertib agar tidak menganggu perjalanan Perhimpunan Agung UMNO.

2.3 Petugas media tidak dibenarkan menghalang pandangan dan membelakangkan pentas Ahli Majlis Tertinggi, Kawasan tetamu khas dan para perwakilan.

2.4 Pemasangan peralatan teknikal dan kamera bilik sidang media hendaklah dibuat sebelum ketibaan VIP atau sebelum majlis bermula untuk proses saringan keselamatan.

2.5 Hanya petugas media yang memakai lencana Media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO sahaja dibenarkan memasuki dan menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam Laman Media (Media Centre).

2.6 Kod Etika berpakaian

Lelaki : Baju Kemeja
Baju batik lengan panjang
Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
Berseluar Panjang (slack)
Berkasut kulit

Tidak dibenarkan baju T
Tidak dibenarkan kemeja tanpa kolar / berlengan pendek
Seluar pendek
Pakaian ketat dan kurang sopan
Selipar

Wanita: Baju kurung atau kebaya labuh
Blouse berlengan Panjang
Skirt Panjang (di bawah paras lutut)
Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan.

Tidak dibenarkan baju T
Tidak dibenarkan baju tanpa lengan
Seluar pendek
Pakaian ketat dan menjolok mata
Selipar

3. Kegagalan mana-mana petugas media mematuhi peraturan-peraturan dan etika berpakaian yang ditetapkan akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2021.

4. Petugas Media diwajibkan memakai penutup mulut (face mask) sepanjang tempoh membuat liputan dan berada di Laman Media.

5. Petugas media diwajibkan memeriksa suhu badan sebelum memasuki Laman Media dan mereka bergejala dilarang membuat liputan di Perhimpunan Agung UMNO 2021.

6. Petugas media diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk mengekang penularan COVID-19.

Kerjasama daripada semua pihak berhubung perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close