MalaysiaPilihan Editor

PRN JOHOR: ‘Orang Muda Sebagai MB Johor Yang Baharu’ – Hasni

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kiri) NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kiri) NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor, berkata ia berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

“Melihat kepada sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan terbaharu Hasni yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu, seolah-olah mengesahkan khabar angin yang menyatakan nama lain bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Nama lain yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas EXCO Belia dan Sukan Johor yang juga pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga pemenang DUN Rengit.

Difahamkan ia susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin bagi membolehkan Menteri Besar Johor yang ke-19 dilantik sekali gus mengangkat sumpah.

Kelmarin, Hasni dilaporkan akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilaporkan berkata hanya nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu akan dikemukakan kepada baginda untuk pertimbangan selanjutnya.

Beliau dilaporkan tidak menyebut sebarang nama lain, berkata pencalonan tunggal sedemikian bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berakhir kelmarin, Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Pada 28 Februari 2020, Hasni sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close