MalaysiaPilihan Editor

Tubuh Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia (LPMM), Majlis Mineral Negara – Dr Shamsul Anuar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tubuh dan wujud semula agensi dan majlis di bawah  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli demi memacu pembangunan semua jenis mineral negara secara menyeluruh !

Yang dimaksudkan adalah cadangan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Malaysia (LPMM).

Yang seterusnya ialah mewujudkan semula Majlis Mineral Negara yang sebelum ini fungsinya digabungkan di bawah Majlis Tanah Negara.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kementeriannya bercadang menubuhkan LPMM dan juga sedang meneliti mewujudkan semula Majlis Mineral Negara yang sebelum ini fungsinya digabungkan di bawah Majlis Tanah Negara.

Penubuhan entiti baharu itu adalah sebagai daripada inti pati pelan transformasi industri mineral negara merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran berasakan kepada empat teras iaitu tadbir urus dan perundangan, penstrukturan dan pembangunan industri, pemetaan rizab mineral serta teknologi dan inovasi.

“Pewujudan semua Majlis Mineral Negara adalah penting kerana isu berkaitan mineral perlu dibincangkan secara lebih terperinci di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Antara komponen utama dalam transformasi industri mineral adalah pengwujudan satu garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal selia industri ini supaya dijalankan secara mampan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perjumpaan bersama media sambil memberi penerangan mengenai Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 dan Pengurusan Sumber Asli Yang Mampan di sini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Zurinah Pawanteh. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERITA HARIAN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close