MalaysiaPilihan Editor

SPRM Bukan Senjata Politik, SPRM Berhak Siasat Sesiapa Sahaja Selaras Sebagai Sebuah Badan Bebas

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

SPRM bukan senjata politik !

SPRM bukan alat untuk menekan ahli politik !

SPRM berhak melakukan siasatan terhadap mana-mana individu !

SPRM adalah agensi selaku sebuah badan bebas !

Ini antara pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah yang menyimpulkan bahawa seharusnya tidak ada isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan alat untuk menekan ahli politik yang tidak menyokong kerajaan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Malahan, tiada sebab menurut pensyarah kanan USIM itu bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) seolah-olah menunding jari kepada SPRM  yang dijadikan alat untuk menekan ahli politik yang tidak menyokong kerajaan.

“SPRM berhak melakukan siasatan terhadap mana-mana individu selaras dengan status agensi itu sebagai sebuah badan bebas.

‘Ia adalah proses biasa dalam perundangan negara dan seseorang yang disiasat itu masih tidak terbukti bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Kenyataan oleh MPPH ini dilihat lebih kepada agenda politik dan tentunya ada tatacara tertentu digunakan oleh SPRM untuk melakukan siasatan malah kes siasatan membabitkan ahli politik bukannya perkara baru di negara ini,” kata Dr Mohd Azmir.

Sebagai contoh,  menurut beliau, kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin politik lain termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Adalah satu perkara yang tidak baik dengan mengaitkan kerajaan menggunakan agensi tertentu untuk mendakwa ahli politik terbabit sekaligus memberikan persepsi negatif kepada agensi yang dimaksudkan sedangkan siasatan dibuat berdasarkan kepada bukti yang ada,” kata Dr Mohd Azmir ketika diminta mengulas kenyataan oleh MPPH di sini, hari ini.

MPPH dalam kenyataannya kesal apabila agensi-agensi kerajaan seperti SPRM terus diperalat sebagai senjata politik untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen yang menjadi musuh atau enggan menyokong Perikatan Nasional.

Dr Mohd Azmir berkata, MPPH seharusnya memberikan penekanan atau tumpuan kepada usaha-usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini berbanding kepada isu politik semata-mata.

Justeru, beliau menggesa agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan undang-undang dana politik bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan projek kerajaan atau pertubuhan politik di negara ini.

“Ini kerana, isu mengenai agensi kerajaan digunakan untuk menekan ahli politik yang tidak menyokong kerajaan akan terus berulang setiap kali ada ahli politik yang disiasat seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

“Cadangan mengenai dana politik ini sudah lama dibincangkan dan sepatutnya dilaksanakan kerana ia mampu membuktikan penerimaan dana dengan lebih telus.

“Dana politik ini memang banyak cuma wujud ketakutan dalam kalangan ahli politik kerana mereka mungkin tidak boleh mengambil kesempatan daripada dana yang diperolehi selain tiadanya kesungguhan atau political will oleh kalangan ahli politik terbabit,” ujar Dr Mohd Azmir. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close