Malaysia

Peluang Menang RM1 Juta Dengan Cabutan Istimewa BSN SSP

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyeru pelanggannya merebut peluang bergelar jutawan dengan menyertai Cabutan Istimewa BSN SSP (Sijil Simpanan Premium) yang menawarkan hadiah utama RM1 juta setiap bulan.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani, berkata pencarian pemenang cabutan BSN SSP diteruskan lagi termasuk mencari jutawan kelapan BSN SSP yang bakal bergelar ‘Jutawan Merdeka’ pada tahun ini.

“Ganjaran sebanyak RM1 juta terus ditawarkan setiap bulan dan istimewanya pada bulan ini, pemenang jutawan BSN SSP juga bakal bergelar ‘Jutawan Merdeka’.

“Bagi menyertainya, penyimpan hanya perlu mempunyai simpanan minimum RM3,000 dengan tempoh minimum simpanan selama 90 hari,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pengumuman Pemenang Cabutan BSN SSP Julai 2020, hari ini.

Pada acara berkenaan, BSN mengumumkan Muhammad Farooq, dari Kuala Lumpur sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bagi Julai yang membawa pulang simpanan dalam bentuk BSN SSP bernilai RM1 juta.

Selain itu, turut diumumkan pemenang bagi Cabutan Bulanan BSN SSP, Chan Sut Chin, dari Sarawak yang membawa pulang hadiah kereta BMW X1 sDrive20i Sport dan tiga pemenang utama Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP yang membawa pulang simpanan BSN SSP bernilai RM10,000.

Peluang untuk pelanggan BSN bagi menyertai ‘Cabutan Istimewa BSN SSP” masih terbuka luas. Pelanggan perlu membuat membuat simpanan bermula hari ini atau menambah simpanan sedia ada anda dari semasa ke semasa kerana tarikh terakhir untuk menyertai cabutan ini adalah pada 30 September 2020. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close