Ekonomi Islam & GlobalKedai RuncitPilihan Editor

Pendakwah, Ebit Lew Sebagai Tukang Masak Istimewa Di Bumi Gaza, Palestin

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Sanggup berdepan dengan risiko !

Apa hendak ditakutkan !

Allahkan ada !

Begitulah gambarannya, pendakwah terkenal Malaysia, Ebit Lew melayan warga istimewa Gaza terutama golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua.

Mana tidaknya, gambar-gambar yang dimuatnaik dalam Facebook rasminya semalam menceritakan kepuasan dan kelegaan dalam membantu warga Gaza ini.

Menjadi sebagai tukang masak istimewa, Ebit seperti lazimnya tidak segan-silu menyediakan juadah.

Perasaan rendah diri beliau cukup menggambarkan betapa beruntungnya warga Malaysia berada dalam keadaan aman makmur dan diberikan hidayah Allah swt untuk membantu sesama umat Islam di bumi bertuah Palestin.

“Alhamdulillah dapat mulakan soup kitchen di Gaza Palestin,” itulah ucapan muatnaik Ebit.

Seterusnya pendakwah terkenal itu terus memaklumkan, “Kami akan masak dan bagi free untuk 200 orang.

“Akan diteruskan walau kami dah balik.

“Kami akan beri bayar secara bulanan pada tukang masak disini.

“Sedih bila tengok orang berebut-rebut,” ujar Ebit lagi.

Katanya lagi, kita dah pilih nama untuk 200 orang.

“Nama asnaf.

“Tapi itulah ramai lagi yang memerlukan. Syukur pada Allah,” katanya Ebit yang turut disertai delegasi rombongannya.

“Sedih bila tengok kemana sahaja pergi mesti dikerumun anak kecil dan remaja.

“Semua mesti seronok jer datang berbual dan menegur kita.

“Tak rasa janggal dengan mereka.

“Walau bahasa berbeza terasa dekat dihati,” itulah luahan Ebit yang dilihat gembira dan lega kerana dapat menjejaki di bumi para Anbia, Nabi dan Rasul.

Terima kasih semua yang bersama dalam menjayakan dan mendoakan misi ini.

“Terima kasih DS (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia Mesir.

“Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor.

“Terima kasih semua.

“Pohon terus doakan insyaAllah,” begitulah suara hati Ebit yang terus diberikan hidayah dalam soal bantuan dan kesukarelawanan. – BACALAHMALAYSIA.MY/EBIT LEW FACEBOOK

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close