GovernansMalaysiaPilihan Editor

SEMy2030 Hala Tuju Nasional Baharu Kepada Pembangunan Keusahawanan Sosial Di Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030) menyediakan hala tuju nasional yang baharu kepada pembangunan keusahawanan sosial di Malaysia.

SEMy2030 dibangunkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan lima teras strategik, 20 strategi dan 45 inisiatif dalam memastikan pencapaian objektif dan sasaran dasarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mahu perusahaan sosial terus diperkasa dan dimantapkan peranannya  bagi mendepani cabaran dan perubahan luar jangka, selain melonjakkan prestasi mereka ke tahap lebih tinggi seiring dengan keperluan dan tuntutan masyarakat serta alam sekitar.

“Kerajaan menyedari potensi dan peranan penting keusahawanan sosial dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan) melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. Turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad (kanan) dan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Norliza Abdul Rahim (kiri). - Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (dua dari kanan) melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. Turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad (kanan) dan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Norliza Abdul Rahim (kiri). – Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH

 

Sehubungan itu, sebuah dasar dan objektif nasional jangka panjang perlu diwujudkan.

“Tumpuan Rangka Tindakan termasuklah membangunkan kerangka kawal selia dan tadbir urus yang efektif untuk memastikan perusahaan sosial di Malaysia mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti selain membina kepercayaan rakyat dan sektor swasta,” kata Ismail pada majlis pelancaran SEMy2030, di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan geran pembiayaan kepada perusahaan sosial yang keseluruhannya berjumlah RM810,935.10 yang memberi manfaat membabitkan 490 peserta.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat ruang pameran selepas melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. - Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat ruang pameran selepas melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. – Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH

 

Selain itu, Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM156,300 daripada UDA Holdings Sdn Bhd; Bank Rakyat, SME Bank dan Perbadanan Nasional Berhad kepada empat perusahaan sosial terpilih.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, SEMy2030 menggariskan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran, jangkauan dan pembudayaan konsep keusahawanan sosial yang berdaya maju dan memberi impak positif kepada peningkatan kehidupan masyarakat.

Katanya, bagi memastikan perusahaan sosial mampu berkembang dan lebih berdaya saing, SEMy 2030 turut menggariskan strategi bersasar untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi perusahaan sosial.

“Perusahaan sosial hendaklah terus diperkasa dan dimantapkan peranannya bagi mendepani cabaran dan perubahan luar jangka, selain melonjakkan prestasi mereka ke tahap lebih tinggi seiring dengan keperluan dan tuntutan masyarakat serta alam sekitar.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat ruang pameran selepas melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. - Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar melawat ruang pameran selepas melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy 2030) di Lalaport Bukit Bintang. – Foto NSTP/ ASYRAF HAMZAH

 

“Usaha bersepadu akan diambil untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan penyelarasan serta pemantauan dan pengukuran impak program pembangunan keusahawanan sosial yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi.

“Ia adalah asas membangunkan sebuah ekosistem yang komprehensif dan kondusif dalam menyokong pertumbuhan keusahawanan sosial di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, SEMy2030 akan menyediakan latihan adaptasi teknologi dan pendigitalan yang lebih berstruktur, peluasan akses kepada pembiayaan dan sokongan kewangan serta penyediaan fasilitasi untuk akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.

Katanya, SEMy2030 turut menetapkan deskripsi baharu perusahaan yang lebih inklusif selaras dengan ciri perusahaan sosial di peringkat global.

“Di samping itu, KUSKOP akan melaksanakan semakan semula dan menambah baik kerangka pendaftaran dan akreditasi perusahaan sosial sedia ada supaya mendapatkan akses lebih luas terhadap bantuan dan peluang berkembang maju ke hadapan.

“Saya yakin bahawa keusahawanan sosial adalah pendekatan yang efektif bagi merangsang pembangunan sosioekonomi dalam kalangan Keluarga Malaysia serta menjamin kemapanan alam sekitar.

Beliau berkata, sehubungan itu, semua pihak yang berkepentingan dalam pembangunan keusahawanan sosial terutamanya agensi awam dan swasta, pelabur impak sosial serta badan korporat diseru supaya memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang padu dan berterusan.

Katanya, beliau juga mengharapkan lebih ramai generasi muda terutama golongan belia serta graduan sebagai golongan pelapis, turut menggembleng idea dan tenaga bagi memperkasakan keusahawanan sosial di Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/FOTO NSTP

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close