Duniaku TeknokratPilihan Editor

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Tamatkan Perkhidmatan 1 Mei

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari akan menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Mei 2024.

Yayasan Hasanah berkata, Shahira akan mengambil alih peranan baharu dengan Khazanah Nasional Bhd selepas sembilan tahun menerajui yayasan berasaskan impak Khazanah Nasional itu.

“Sumbangan beliau telah memberi impak yang besar dalam lima bidang tumpuan Yayasan Hasanah.

“Di bawah kepimpinan Shahira, Yayasan Hasanah telah mengerahkan RM1.5 bilion geran kepada lebih 700 projek di seluruh negara, menjangkau 2.9 juta orang di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Shahira meninggalkan impak yang kekal dalam Yayasan Hasanah.

“Pengarah Urusan baharu untuk Yayasan Hasanah akan diumumkan dalam masa yang ditetapkan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close