Dimensi Bisnes

Pengkomersilan Teknologi Boleh Tingkatkan Kemajuan Industri Hiliran Sawit – Pengerusi MPOB

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Pengkomersilan teknologi yang dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dapat meningkatkan kemajuan industri hiliran dalam pengeluaran produk tambah nilai berasaskan sawit yang menjana pendapatan tinggi.

Ini dijelaskan oleh Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada majlis penyerahan dokumen pelesenan teknologi baharu-baharu ini.

Beliau menyaksikan majlis penyerahan dokumen pelesenan teknologi penghasilan poliol berasaskan sawit oleh Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir kepada Pengarah Urusan Techbond, Lee Seng Thye.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Techbond Greentech Sdn Bhd memeterai kerjasama pembangunan teknologi bagi penghasilan poliol berasaskan sawit.

Bahan itu digunakan sebagai salah satu komponen dalam perekat poliuretana bagi menggantikan perekat berasaskan formaldehida.

Kedua-dua pihak pada Februari lalu memeterai memorandum perjanjian pengkomersilan teknologi poliol berasaskan sawit.

Perjanjian membabitkan dua peringkat iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan formulasi perekat poliuretana dan diikuti dengan pengkomersilan teknologi.

Dengan penyerahan teknologi penghasilan poliol, Techbond Greentech akan menghasilkan poliol berasaskan minyak sawit yang mampan untuk pengeluaran perekat poliuretana gred industri yang baharu dan akhirnya mengkomersilkan produk berkenaan.

Ahmad Jazlan berkata usaha sama MPOB dan Techbond Greentech adalah situasi menang-menang bagi kerjasama R&D produk poliol berasaskan sawit yang berpotensi digunakan di dalam perekat poliuretana.

“Pembabitan pihak industri dan syarikat tempatan dalam pengkomersilan teknologi yang dibangunkan oleh MPOB, meningkatkan kemajuan industri hiliran dalam pengeluaran produk tambah nilai berasaskan sawit yang menjana pendapatan tinggi.

“Kepakaran MPOB dalam membangunkan teknologi dalam industri sawit menyediakan peluang kepada syarikat tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil peluang perniagaan yang tersedia bagi pengkomersilan teknologi,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/PIC THE STAR

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close