Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, tidak berpuas hati apabila dibekalkan khemah kurang berkualiti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ia susulan puluhan khemah musnah selepas hujan lebat dan angin kuat kira-kira jam 4 petang tadi.
Seorang peniaga, Nora Dollah berkata, dia terpaksa menangung kerugian selepas barang jualan rosak teruk akibat khemah disediakan musnah dalam kejadian itu.
“Keadaan khemah perniagaan yang tidak bertali dan dipasang tanpa langkah keselamatan yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan khemah mudah diterbangkan angin dan rosak, seperti berlaku hari ini.
Nora berkata peniaga-peniaga di kawasan itu juga kesal selepas hampir dua jam sejak kejadian berlaku masih tiada tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.
“DBKL juga perlu menyediakan khemah yang lebih kukuh serta pemasangan yang selamat untuk mengelakkan kejadian sama berulang,”katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan mendapari kebanyakkan peniaga terpaksa membersihkan sendiri khemah yang musnah.
Ada diantara mereka kerugian selepas barang jualan turut terjejas dan rosak akibat hujan lebat petang semalam. – BH ONLINE