Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan berjumlah RM3.2 bilion pada tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Salim Mydin, berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai memandangkan hasil jualan pada tahun lalu meningkat kepada RM3.03 bilion berbanding RM3 bilion pada tahun 2023.
“Peningkatan hasil jualan ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti program yang dianjurkan oleh kerajaan menerusi Jualan Rahmah Keluarga Madani serta hasil produk keluaran usahawan tempatan termasuk pakaian, makanan dan sebagainya.
“Selain itu, kita juga menambah baik kemudahan kepada pelanggan melalui aplikasi Mydin Online, Mydin Pay, Mydin Rewards dan TikTok selari dengan trend masa kini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.